February 22, 2011

Dream Until Your Dream Comes True (:


Heyya, heyya sorry blog babyyy lama tak jengah-jengah kat sini. otak pon dah berkarat takde idea nak curah kat sini. kalau boleh bersawang memang dah lama bersawang berhabuk plus cicak dengan labah-labah punya bangkai pon ada sekali eewwww T_T

Hmmph ._.

Nampak blog title tu ? ehhe itu nampak macam kesedaran sikit buat budak yang takde halatuju ni. dah ramai yang tanya nanti nak amek kos apa ? nak jadi apa ? minat kos apa ? dan yang pasti jawapannya : ENTAH --'

Choyyy mana boleh entah entaah lagi sekarang ni. result pon tak lama jee lagi. STPM dah keluar dah. lepasni SPM pulak. *tunduk merenung lantai sambil jari menguis karpet dan menggigit bibir*


'Ya Allah, berilah kami batch SPM 2010 keputusan yang cemerlang dalam SPM. dengarkanlah doa kami yang tulus dari hati dan kau berilah kami kemanisan dalam kepahitan yang telah kami lalui sebelum ini, amin. Insyaallah'


Nanti lepas dapat result baru aku decide aku nak jadi apa kot. ehhe (:


Rusuhan budak UTHM.


Semalam hantar kakak balik UTHM. nak masuk jee gate apartmen diorang pakcik guard tu tiba-tiba tutup gate. ehh apahal pakcik ni selama ni masuk okaay je takde pulak nak tutup-tutup.

kakak : pakcik takboleh masuk ke ?
pakcik guard : taak, budak-budak ni tengah buat rusuhan.

jaw drop. apehal budak UTHM pon nak buat rusuhan ala dekat Mesir ke ?

kakak : rusuhan apa pakcik ?
pakcik guard : ni ha diorang tengah buat pilihanraya.

OOOOHHH okaay pakcik buat cuak jee.

kakak : habis tak boleh masuk lah ni ?
pakcik guard : tak bolehla kena jalan kaki diorang dah block tengah jalan tu.

Okaay cuak jalan tengah-tengah mereka yang memekak guna pembesar suara. dengan flyers yang bergantungan, yang ditampal yang bertaburan atas jalan. Hebat jugaak budak U punya pilihanraya kan. Dahtu dengan bawak box printer lagi haihh orang pon pandang pelik je, anak sape lah ni ._.

Dan esok, ada DRIVING CLASS.

Cakap pasal driving class aku macam fobia sikit :( Last week, 2 kali je ada class. supposedly hari Khamis tu ada tapi pakcik sakit so dia postpon Jumaat pukul 4petang. tapi Jumaat tu aku nak gerak Johor pukul 3 jadi aku cancel class. Dan class hari Isnin aku PANIC dan SPOIL.

Pakcik Nordin kata baru berapa hari tak bawak kereta dah lupa. haritu okay je naik turun bukit tapi harini enjin mati banyak kali gilaaa :( Yahh my bad, my bad. Lepasni aku memang tak cancel kelas lagi dah. taaapi pakcik jangan lah hanginnn macam tu sekali saya sentaappp taukkkk ! uhuk uhuk T_T


p/s : memang sengaja buat 3 post dalam satu entry sebab nak jimat masa :D



2 comments: