February 5, 2011

Good Man for Good Woman.

Tiba-tiba harini terdetik nak buat entry keagamaan sikit :) akibat rasanya dah terlalu leka dengan keseronokan dunia AHAHA poyo jee minah ni kan mesti korang rasa nak throw up tak pon nak gelak guling-guling. Yeaah aku bukan lah badar sbpis, mahupun anak yang solehah, bukan jugak perempuan yang kau akan jumpa bila bertandang ke Masjid Ar-Rahim melainkan solat terawih, raya puasa dan raya haji.

' ayah, anak pakcik ___ tu sekarang dia buat apa ? '
' oh, entaah ayah taktau lah tapi selalu nampak dia kat masjid tu. dia kan tinggi kalau dalam saf mmg nampak dia jee. Lepastu, tiap-tiap kali datang solat ayah mesti nampak dia pakai tracksuit dengan t-shirt je. haihh dress code datang masjid pon fail lah dia tu. '


Tiba-tiba pulak aku nak tanya pasal dia kenapa ekk ? -_________- Yahh dia hanky-panky anak emak, budak masjid, rajin, dia kawan aku, dan sure dia pandai tauu XD So, kau ? Hmmm kalau tanya kat ibu ngan ayah sure lah mereka geleng kepala taktau nak cakap apa. dan sebab tulah aku terfikir betul ke perempuan baik untuk lelaki yang baik ? kalau macamtu sapa nak bimbing kalau masing-masing tak baik ? dan sapa nak bimbing aku yang iman senipis kulit bawang ? mungkin lagi nipis daripada tu.


Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik.

Surah an-Nur : 26

So kalau dalam al-Quran dah tulis mcmtu mmg takboleh nak pertikaikan la kan. Jadi yang tak baik ni kena lah betulkan diri supaya jadi baik dan dapat pasangan yang baik jugak. Eceyyy gaya macam esok nak kahwin je HAHA yahh my bad, my bad. Hairan kan bila Cik Syafiqah ni tak semena-mena jadi baik mcm ni. Changing for good is not a crime - Versus, Hlovate.


aminn..

Damn, i hate to poyo-poyo tapi aku bersyukur aku tak hot supaya aku tak lupa diri, riak, takjub dengan apa yang Allah pinjamkan kat aku. Lumrah alam. manusia mmg mudah lupa dan senang nak buat kesilapan. okaaay itu POYO sbb kalau korang kenal aku pon aku bukan minah tazkirah. kalau Nadiah Mahmood atau Asyiq Azwar baca ni mmg boleh tabik springg lah kat aku kan.

PEOPLE CHANGE FOR THE ONE HE/SHE LOVE. SETUJU ?

YES. sebab aku rasa aku mcmtu kot. eventough aku takde balak *serius aku takde* but i got inspired by the one i loved :)



Erk ? mampu ke nak buat date macamtu ? tepuk dada tanya selera. aku tak pernah date so i won't say a word.

''Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya.'' ~Di petik daripada novel Anis Ayuni,seribu kali sayang~


Petikan atas ni aku ambil dari blog Along time tengah search pasal tajuk ni. Kau rasa perempuan rasa apa bila baca ni ? SUKA ? go hit ur own butt lah kalau kau fikir mcmtu. see aku bukan perempuan baik bila aku mencarut. lelaki tak suka perempuan mencarut kan kan ? oh tak semestinya ehh ? :D Fine.

Yahh aku rindu nak dengar tazkirah time kat Surau Al-Karim dan kat bilik rehat. kalau kat rumah tkde sapa nak bg tazkirah guna microphone. takde orang nak imamkan solat. takde halaqah untuk baca Yaasin. walaupun dulu benda tulah yg aku selalu escape.

Lastly, mind me if i wrong. aku tulis bukan nak buat sapa-sapa terasa cuma nak ingatkan diri sendiri supaya jadi buah epal yang ada di atas, bukan yang menjatuhkan dirinya untuk diambil orang. supaya jadi berlian yang di dalam bekas kaca bukan yang terdedah dan diseliputi debu.

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment